"Berusaha untuk memperbaiki kesihatan pesakit ginjal seluruh dunia"

UKCRN ID 2542, NCT00125593, EudraCT 2004-001156-37, ISRCTN 54137607

Selamat Datang ke Kajian SHARP

Hasil kajian terbesar sedunia yang menyelidik manfaat penurunan kolesterol dalam kalangan pesakit ginjal kini sudah diperoleh.

Kajian Perlindungan Jantung dan Renal (SHARP) menyimpulkan bahawa hampir satu perempat daripada semua serangan jantung, strok, dan pembedahan pintasan arteri yang tersumbat boleh dielakkan di kalangan pesakit yang menghidap penyakit ginjal kronik dengan menggunakan kombinasi ezetimibe dan simvastatin untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Imej hiasan: Imej x-ray ginjal

Kajian SHARP melibatkan hampir 9,500 sukarelawan berusia 40 tahun ke atas yang menghidap penyakit ginjal yang kronik dan dipilih dari 380 buah hospital di 18 buah negara. Sukarelawan ditetapkan secara rawak untuk mengambil sama ada terapi penurunan kolesterol dengan tablet yang mengandungi ezetimibe harian 10mg dan simvastatin harian 20mg, atau tablet "plasebo" yang sepadan selama purata 5 tahun.

Hasil utama:

  • Pengambilan kombinasi ezetimibe dan simvastatin dalam jangka panjang mengurangkan risiko serangan jantung, strok dan pembedahan pintasan arteri yang tersumbat sehingga lebih kurang satu perempat di kalangan mereka yang menghidap penyakit ginjal kronik, tanpa mengambil kira tahap keterukan penyakit mereka.

  • Gabungan rawatan ini mengurangkan risiko ini dengan selamat, dan bersesuaian untuk pesakit ginjal kerana ia mengelakkan kemungkinan kesan sampingan akibat dos statin yang tinggi.

  • Tiada bukti ditemui tentang kebimbangan berkaitan dengan ezetimibe mengenai kemungkinan kesan buruk pada kanser, dan tiada bukti peningkatan risiko masalah otot atau hati.

University of Oxford logo with link to University website
CTSU logo with link to CTSU website